Cik Zanna page

CIK ZANNA LUVS TO SHARE..COZ SHARING IS CARING ;)

Wednesday, June 30, 2010

UPDATE BLOG

Hari ini last day untuk update blog coz Lecturer dah nak amek markah. Cik Zanna mmg kelam kabut sangat2 nak update blog..Sebb Cik Zanna mmg bz sangat2..time ni plak bz nye..ditambah pulak dengan masalah MR. VAIO..adeh..mmg dugaan..tp hari ini, Cik Zanna usaha jugak untuk update blog ni..merata Cik Zanna carik tempat untuk update blog..paham2 je la..pc kat maktab makin lame makin banyak yang diserang virus..nasib baik ade jugak yang masih buleh digunakan..harapnya Lecturer tak start lagi cek.. To Lecturer Cik Zanna mintak maap sangat2 sebab Cik Zanna update blog lambat..Walau apapun yang terjadi Cik Zanna tetap akan berusaha untuk update blog demi Lecturerku yang tercinta..ehehe.. Dengan bantuan rakan2 yang banyak membantu sewaktu diperlukan dari semua aspek, dan hasil tunjuk ajar lecturer yang berilmu, mudah2an dengan blog ini Cik Zanna dapat mengaplikasikan penggunaan internet dan kemudahan blog yang sedia ada ini dengan bermanfaat..Dan harapannya semoga Cik Zanna akan menjadi blogawan yang setia..ehehe..Terima kasih.

Saturday, June 19, 2010

MR. VAIO

Arrgghh!!..rase nak marah ngan diri sendiri..Hari ini aku nak start edit blog...tp MR. VAIO sudah kehabisan bateri.. Nak dijadikan cerita, puas aku cari charger MR. VAIO ku, tp tak jumpa2.. Seingat aku, tak keluarkan apa2 dalam beg notebook ni..arghh!!..mane pulak perginya ni..Puas aku recall kat mane aku tertinggal charger MR. VAIO ni...isk!..recall punya recall baru teringat aku tertinggal kat lab JAWI!!!!..oh tidakkkk!!!...aku terus call Cik Azlina minta tolong poskan..sekarang ni..aku terpaksa guna MR. ACER..harapnya masih ada lah charger MR. VAIO ku ..aminn~

June oh June!~

Bulan June tahun ni adalah bulan yang sangat memenatkan..pack!.. betul lah kata orang..title CIKGU zaman skarang ni amat berat...starting from 7th June 2010, sampailah 27th June non stop!..walaubagaimanapun aku tetap seronok..and happy!!..moh share sket perjalanan hidup aku dalam bulan June ni:

1st - 5th June : Preparation tuk Kursus ALP PUM Peringkat Zon Selatan...
7th - 17th June : Berjuang di Jawi (Dip Edu)...
18th - 20th June : Family holiday @ Port Dickson!..
21st June : School day.
22nd - 25th June : Kursus ALP Peringkat Zon Selatan @ Kolej Professional Ayer Molek Melaka (as Tuan Rumah)
25th (evening) - 27th June : Iring students to Kursus Pembubaran Syarikat (PUM) ..

Waaaa...hebat tak?..eheh..even time table full, aku tetap seronok menjadi seorang CIKGU!..

Tuesday, June 15, 2010

Jom makan!~



Cik Zana sangat suka bab makan2 ni..especially KEK!..ehe..Kek Coklat idamanku selalu~

Hari ini, Cik Zana nak share cara2 buat kek coklat..satu resipi kek coklat lembap yang paaaaaaaaling sedap yang belum pernah saya cuba..hehe..tapi disebabkan kek coklat ni nampak sedap je..so Cik Zana pon ambil keputusan untuk share resipi ini..

Mempersembahkan.....
Kek Coklat Lembap yg Tersedap di Malaysia hehe..

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

* 2 biji telur
* 1 cawan minyak masak
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula perang
* Bahan A
* 1 sudu kecil vanila
* 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
* 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
* Bahan B
* 2 sudu kecil sodium bicarbonate
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 cawan tepung gandum
* ==============================
* ** Topping **
* 1/2 cawan koko van hauten
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk.

Sekian..Selamat mencuba... ;)

K.A.M.I



Dip Edu??..besnyeeeeee..time dip edu ini la saat yang paling besh antara kursus2 lain..Perkara yang paling besh skali sudah terang lagi bersuluh..mestilah jumpa member2..yahooooo!!..Macam biasa setiap kali Dip Edu macam2 plan yang K.A.M.I rancang..makan2..jalan2..lepak2..bes..bes..ehe..

Start dari ari khamis lagi K.A.M.I dah melancarkan plannye. Tapi ni first time K.A.M.I buat...tengok midnight..wakaka..Jam 9.00pm K.A.M.I memulakan perjalanan ke Jaya Jusco Perda..Sampai2 di JJ, K.A.M.I bergocoh2 menyerbu kaunter tiket..takut cerita yang K.A.M.I nak tgk sold out..tp nasib K.A.M.I baik..dapat jugaklah K.A.M.I layan cerita "Prince of Persia" malam tu ..yang paling bes, tak sampai 10 orang pon dalam wayang tu..ehehe..




Pada hari Ahad yang lalu tiba2 terdetik dihati untuk breakfast di kedai mamak..saje nak rase pengalaman breakfast pagi2 buta..Tapi K.A.M.I tak cukup korum..Za balik umah abgnya..haih..walaubagaimanapun, K.A.M.I tetap merealisasikan plan K.A.M.I..Jam 7.30 K.A.M.I bersiap sedia untuk bertolak ke Parit Buntar for brekfast hunting..Sambil2 menikmati roti telur bawang dan nescafe tarik kurang manis, otak K.A.M.I ligat berputar untuk mencari destinasi seterusnya..Tiba2 salah seorang dari K.A.M.I berkata "Beb, jom pekena nasi kandaq nak?" "Kalau nak pekena nasi kandaq, kita carik nasi kandaq line clear ah baru puas hati", kata salah seorang dari K.A.M.I lagi..Aku pon menyambung "kalau nak pergi pon, tunggu la tghari sket..perut kenyang lagi ni"..so, selepas breakfast, K.A.M.I pon bergerak membuang masa di pasar pagi Parit Buntar..sejam setengah K.A.M.I membuang masa di sana..kemudian K.A.M.I terus berdesup ke Penang Island untuk pekena nasi kandaq line clear..Walaupun tekak masih lagi terasa roti telur bawang mamak Parit Buntar,K.A.M.I tidak pernah mensia2kan makanan dihadapan mata..hehehe..